Tech

Graduan TVET perlu kuasai AI, perkasa inovasi dan keusahawanan

Sep 24, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama penerima Anugerah Ketua Pengarah graduan Politeknik,Nur Azlina Sitosman (tiga,kanan) pada majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah 2026 di UPSI/Foto BERNAMA

TANJUNG MALIM,24 September –Penguasaan kecerdasan buatan (AI),data dan teknologi digital perlu menjadi kompetensi asas graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional


(TVET).

RINGKASAN BERITA AI

−

“Kerjasama itu penting bagi memastikan hasil inovasi pelajar mendapat bimbingan dan mempunyai laluan jelas ke arah pengkomersialan.

“Saya turut menggesa lebih banyak peluang dibuka kepada graduan TVET untuk membina perusahaan sendiri,sekali gus mewujudkan pekerjaan dan peluang ekonomi kepada masyarakat,” jelasnya lagi.

Beliau turut memberi contoh kejayaan graduan Kolej Komuniti Ampang,Noor Azree Aiman yang mengasaskan perniagaan pembaikan telefon,ASZR Legacy,sebelum mengembangkan perniagaan dengan membuka dua lagi cawangan.

Menurutnya,kejayaan seumpama itu membuktikan kemahiran TVET mampu menjadi asas kepada pembinaan perniagaan dan penciptaan peluang pekerjaan.