Tech

550,000 liter bahan api dibenar masuk ke Gaza tidak cukup – PBB

Sep 24, 2026 IDOPRESS

Mural yang didedikasikan kepada penyanyi rap Amerika Syarikat,Macklemore,di Gaza City yang mencetuskan perhatian selepas melaungkan “Free Palestine” ketika persembahannya di New Jersey baru-baru ini/ AFP

NEW YORK,24 September- Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menyambut baik kemasukan 550,000 liter bahan api ke Gaza,namun memberi amaran jumlah keseluruhan itu masih jauh di bawah keperluan minimum,lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI

−

OCHA berkata kelulusan bagi kemasukan minyak enjin,alat ganti dan panel solar,selain bahan api komersial serta penyambungan semula operasi Loji Janakuasa Gaza amat penting.

Sementara itu,rakan kongsi OCHA yang terlibat dalam pengurusan tapak melaporkan bahawa menjelang musim tengkujuh,989 daripada 1,764 lokasi yang dinilai di Gaza berdepan risiko banjir pada tahap sederhana hingga tinggi.

Lokasi terbabit menempatkan kira-kira satu juta orang.

“Ramai keluarga masih tinggal di tempat perlindungan yang semakin uzur sejak musim sejuk lalu,dengan perlindungan terhad,sistem saliran tidak mencukupi serta kekurangan tilam,selimut dan barangan keperluan rumah lain,” menurut OCHA.

Rakan kemanusiaan turut memberi amaran bahawa kira-kira 400,000 orang mungkin perlu berpindah apabila hujan lebat berlaku.

Sementara itu,rakan kongsi OCHA sedang menambah baik sistem saliran,memperkukuh tempat perlindungan serta menyalurkan bahan dan peralatan penting,selain membantu penduduk yang memilih untuk berpindah.

Bagaimanapun,usaha itu berdepan kekangan sumber,manakala kawasan tanah yang masih tersedia juga amat terhad. -BERNAMA-XINHUA