
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) ke-5 di Jakarta / Foto RTM
JAKARTA,18 September – Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli parti supaya menjaga adab dan menghormati proses yang telah ditetapkan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.
RINGKASAN BERITA AI
−
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa penghormatan terhadap institusi Raja,keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan UMNO.
Terdahulu,Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya kali ke-64 berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Najib.
Keputusan itu membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028,tertakluk kepada syarat yang ditetapkan,termasuk pembayaran denda RM50 juta.