Tech

Petra News akan bincang dengan pekerja terlibat dalam masa terdekat

Feb 17, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Fahmi Fadzil

SERI KEMBANGAN,16 Februari- Petra News Sdn Bhd akan mengadakan pertemuan bersama sekumpulan petugas terlibat yang tampil menuntut pembayaran caruman berkanun bagi tahun 2024.

Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil,pertemuan berkenaan dijangka berlangsung dalam tempoh satu atau dua hari lagi untuk menyelesaikan perkara berbangkit dengan segera.

"Ini yang saya cuba usahakan,saya nak perkara ini diselesaikan kerana ia telah terlalu lama.

"Sekarang saya ingin dapatkan maklumat terkini berkenaan status perkara itu sebab yang kita dimaklumkan hanya melalui kenyataan media yang dibuat oleh wartawan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@Hawana kepada keluarga Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar,bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad,yang meninggal dunia semalam akibat sakit kronik.

Baru-baru ini,menerusi satu kenyataan media,sekumpulan petugas dari syarikat terbabit memberitahu seramai kira-kira 15 kakitangan terjejas mendapati pemotongan gaji untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Potongan Cukai Bulanan (PCB),dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak disalurkan kepada pihak berkuasa berkaitan.