Tech

Bot nelayan karam: Mangsa ketiga ditemukan

Jun 26, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mayat mangsa,Lee Pong Ling di bawa ke Jeti Jabatan Laut Muar/Foto Maritim

BATU PAHAT,26 Jun - Operasi Mencari dan Menyelamat mangsa bot karam di Perairan Tanjung Segenting,Batu Pahat,Johor sejak Jumaat lalu dihentikan,selepas penemuan mayat mangsa ketiga,2 petang semalam

Mangsa,Lee Pong Lin,68 tahun ditemui feri MV Mulia Kencana ketika feri itu dalam perjalanan dari Bengkalis,Indonesia ke Muar.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam kenyataan media memaklumkan,mayat diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar untuk tindakan lanjut.

Ahad lalu,mayat Tan Hai Lian,62 tahun ditemui terdampar di pantai Koris,manakala mayat Chiah Kah Chong,53 tahun dijumpai sehari sebelumnya.

Seorang lagi mangsa bot karam,Raud Darus,53 tahun masih lagi hilang sehingga kini.

Operasi SAR dihentikan berikutan tidak ada petunjuk baru,namun pihak Maritim Malaysia akan meneruskan pencarian menerusi rondaan rutin.

Dalam kejadian Jumaat lalu,bot dinaiki lima individu tenggelam,dengan seorang mangsa,Tan Siak Bin,43 tahun berjaya diselamatkan bot nelayan lain.

Dalam pada itu,op Carilamat penumpang feri,Juli Afriko,30 tahun yang terjatuh ke laut semasa dalam perjalanan ke Bengkalis,Indonesia diteruskan.

Operasi hari ketiga melibatkan keluasan carian,64 batu nautika persegi.