Ruang

Subsidi tambang pelajar IPT wajar diperluas seperti Pas My50

Sep 21, 2026 IDOPRESS

Ir. Ts. Dr. Ahmad Khushairy Makhtar / RTM

KUALA LUMPUR,21 September- Kerajaan disaran mempertimbang subsidi tambang pengangkutan awam seumpama Pas My50 khusus untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan bulanan mereka.

RINGKASAN BERITA AI

−

Mengulas kemudahan di UiTM Kampus Shah Alam,Dr. Ahmad Khushairy berkata universiti menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi pergerakan pelajar antara kolej kediaman,namun kesesakan pada waktu puncak masih menjadi cabaran.

Katanya,keadaan itu menyebabkan sebahagian pelajar memilih menggunakan pengangkutan sendiri kerana lebih selesa dan membantu pengurusan masa.

Dalam pada itu,beliau menyarankan kerajaan menyalurkan peruntukan kepada universiti awam bagi memperluas perkhidmatan pengangkutan serta meningkatkan kekerapan bas kampus.

Menurutnya,isu pengangkutan juga boleh memberi kesan kepada perbelanjaan asas pelajar apabila sebahagian daripada mereka perlu memperuntukkan wang untuk tambang.

“Bila kita sebut mengenai perbelanjaan,mungkin ada pelajar yang terpaksa mengorbankan perbelanjaan untuk makan dan minum bagi memperuntukkan sejumlah wang untuk pengangkutan.

“Jadi,isu pengangkutan awam ini perlu dilihat secara lebih luas,bukan sekadar isu perjalanan tetapi juga berkaitan akses kepada pendidikan,” katanya.