
Foto AFP
SEOUL,21 September – Tiga orang,termasuk anggota tentera Korea Selatan cedera dalam kejadian yang disyaki letupan periuk api di Zon Bebas Tentera (DMZ).
RINGKASAN BERITA AI
−
DMZ,yang membahagikan semenanjung itu kepada dua sejak berakhirnya Perang Korea 1950-1953 menerusi perjanjian gencatan senjata,merupakan antara kawasan paling banyak dipasang periuk api di dunia.
Menurut data tentera,dianggarkan terdapat kira-kira 800,000 periuk api yang tertanam di kawasan tersebut,kebanyakannya berasal dari zaman Perang Korea,walaupun aktiviti pemasangan periuk api masih diteruskan sejak kebelakangan ini.
Pada 2024,selepas pemimpin Korea Utara,Kim Jong Un,melabelkan Korea Selatan sebagai “musuh utama” negara itu,tentera Pyongyang menghabiskan masa berbulan-bulan memasang periuk api dan membina halangan anti-kereta kebal di sepanjang sempadan sebagai sebahagian daripada usaha menutup sempadan itu secara kekal. -AFP