Ruang

Koleksi beg ‘Rumah Kampung’ tampil karya Raja Permaisuri Agong

Sep 20, 2026 IDOPRESS

Facebook: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU,20 September- Koleksi beg “Rumah Kampung” yang menampilkan karya seni Raja Permaisuri Agong,Raja Zarith Sofiah dilancarkan sempena sambutan Hari Keluarga Johor di Dataran Bandaraya Johor Bahru,di sini,hari ini.

RINGKASAN BERITA AI

−

Karya berkenaan mengabadikan kenangan zaman kanak-kanak Seri Paduka Baginda dan diterapkan pada rekaan beg “Rumah Kampung”.

Sebahagian hasil jualan koleksi itu disalurkan bagi menyokong pelbagai program YRZSNJ dalam bidang pendidikan,kesihatan dan kebajikan sosial.

Beg eksklusif berkenaan boleh dibeli mulai hari ini menerusi pelbagai platform yang disediakan.

Berangkat sama mengiringi Raja Permaisuri Agong pada sambutan itu,Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Program berkenaan merupakan cetusan idea Seri Paduka Baginda sebagai usaha meraikan dan menyantuni rakyat Johor,selain menyediakan ruang untuk seisi keluarga menikmati pelbagai aktiviti riadah bersama.