
KUALA LUMPUR,20 September – Jabatan Penjara Malaysia menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sehubungan itu,semua pihak diminta merujuk sumber rasmi dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pelaksanaan keputusan tersebut.
Pada Jumaat lalu,Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Najib dengan membenarkan baki hukuman dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 yang tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta.