
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,4 Sept – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menetapkan semua universiti mengintegrasikan elemen kecerdasan buatan (AI) dalam kurikulum sedia ada sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran merentas bidang pengajian.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam pada itu,Datuk Seri Dr. Zambry mengingatkan para pelajar bahawa penggunaan AI dalam pendidikan tidak menjejaskan keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal serta meningkatkan kemahiran menulis dan mengarang.
“Jangan sampai penggunaan AI menggerhanakan kapasiti pelajar untuk terus berfikir secara kritikal,membentuk pemikiran kritis serta meningkatkan kemampuan mereka dalam menulis dan mengarang. Perkara ini juga sangat penting untuk diambil kira,” katanya.
Beliau berkata,aspek nilai kemanusiaan turut diberi perhatian KPT dalam Rancangan Pendidikan Tinggi (RPTM).