Ruang

Malaysia perkukuh masa depan digital selamat menerusi IRC 2026

Jul 21, 2026 IDOPRESS

Datuk Fahmi ketika meninjau reruai pada Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026.

KUALA LUMPUR,21 Julai – Malaysia terus memperkukuh usaha membangunkan ekosistem digital yang selamat,dipercayai dan berdaya tahan menerusi penganjuran Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

RINGKASAN BERITA AI

Menurut beliau,perkembangan itu turut membuka ruang kepada perbincangan lebih luas mengenai keselamatan dalam talian serta usaha kerjasama antara badan kawal selia digital di seluruh dunia bagi menangani kemudaratan dalam talian.

Persidangan bertemakan Shaping the Next Digital Era: Regulation,Resilience and Trust itu menghimpunkan lebih 500 peserta serta 40 penceramah dari Malaysia,ASEAN dan pelbagai negara bagi membincangkan isu berkaitan keselamatan dan penipuan dalam talian,kecerdasan buatan (AI),perlindungan data,keselamatan siber serta akauntabiliti platform digital.

Terdahulu,Datuk Seri Fahmi melancarkan IRC 2026 yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Datuk Abdul Halim Hamzah di sebuah hotel di ibu negara.