Ruang

UM dijangka tawar kursus latihan kepakaran kardiotorasik

Jun 26, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

KUALA LUMPUR,26 Jun - Universiti Malaya (UM) dijangka menawarkan kursus latihan kepakaran kardiotorasik di institusi berkenaan mulai Oktober ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sehubungan itu membolehkan graduanmengikuti kursus berkenaan di UM yang dijangka turut ditawarkan institusi lain selepas itu.

"Lantaran itu satu perbicangan telah diadakan dengan pihak UM melalui Pusat Perubatan Universiti Malaya dan mereka pada waktu itu sedang merancang untuk memperkanalkan kurusus itu juga di UM.

"Insya-Allah dalam tempoh terdekat isu-isu seperti ini kita selesaikan pada kadar yang segera. Kita jangkakan pada bulan Oktober depan berkaitan dengan kardiotorasik akan dapat diselesaikan," kata Dr Zambry.

Beliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang untuk membolehkan institusi lain menawarkan kursus latihan pakar kardiotorasik bagi mengatasi isu kekurangan pakar kardiotorasik negara.

Menjawab soalan asal Ramkarpal yang ingin tahu sekiranya kerajaan bercadang membenarkan bukan Bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976,Zambry berkata pengekalan dasar UiTM untuk kaum Melayu,orang asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak masih diperlukan.

Beliau berkata ia adalah usaha untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam merapatkan jurang antara kaum,terutamanya yang melibatkan aspek sosio ekonomi.

Katanya laporan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 oleh Kementerian Ekonomi juga menunjukkan masih terdapat jurang ekonomi melibatkan Bumiputera dari segi purata pendapatan bulanan,pegangan ekuiti korporat,kadar kemiskinan,pengeluaran tenaga kerja mahir serta kelayakan profesional.

“... penubuhan UiTM adalah sebagai respons terhadap kekurangan golongan profesional yang terlatih,terutama dalam kalangan kaum bumiputera di Malaysia yang rata-ratanya terlibat dalam sektor pekerjaan tidak mahir pada ketika itu (dulu).

“Dengan tertubuhnya UiTM,lebih ramai anak-anak bumiputera memperoleh peluang menyambung pengajian dan dilatih untuk mengisi pelbagai jenis jawatan sama ada dalam sektor awam mahupun dalam sektor industri sebagai keperluan dalam meningkatkan kualiti hidup serta mengubah nasib mereka di Malaysia,” katanya.