
Tangkap layar rakaman kamera litar tertutup yang dikongsikan Kementerian Media Arab Saudi,ketika Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh terkena serangan Houthi pada 10 Oktober./ AFP
ISTANBUL,14 Oktober – Pertahanan Awam Arab Saudi pada Selasa mengumumkan bahawa keadaan bahaya di ibu negara Riyadh telah berakhir,beberapa minit selepas mengeluarkan amaran kecemasan tanpa memperincikan bentuk ancaman itu,lapor Anadolu Ajansi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Terdahulu pada Selasa,kumpulan Houthi di Yaman mengancam untuk menyasarkan ibu pejabat syarikat minyak negara Arab Saudi,Aramco di Dammam,lapangan terbang utama di Riyadh serta loji penapis Aramco di Riyadh sebagai tindak balas terhadap sebarang serangan pakatan yang diketuai Arab Saudi ke atas kemudahan mereka di Sanaa. – BERNAMA-ANADOLU