
(Gambar fail) IRGC menunjukkan pelancaran peluru berpandu dari lokasi tidak didedahkan ke arah sasaran Amerika Syarikat (AS) di Jordan,Kuwait dan Bahrain pada 16 Julai 2026/ AFP
TEHRAN,20 Julai– Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mendakwa pihaknya menyasarkan pesawat Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di Lapangan Terbang Aqaba,Jordan menggunakan peluru berpandu balistik.
RINGKASAN BERITA AI
−
IRGC dalam kenyataan yang disiarkan penyiar negara Iran berkata pesawat pengangkut berat dan pesawat arahan serta kawalan AS antara menjadi sasaran dalam serangan berkenaan.
Menurut kenyataan itu,serangan balas tersebut menyebabkan “kerosakan teruk” terhadap beberapa aset musuh.
Bagaimanapun,dakwaan berkenaan belum disahkan secara bebas. -AFP