Perisian

Karya RTM raih kemenangan berprestij pada SEAVFC 2025

Dec 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Datuk Suhaimi Sulaiman

KUALA LUMPUR,11 Disember - Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraih kemenangan pada 5th Southeast Asia Video Festival for Children (SEAVFC) 2025 menerusi karya 'This is Poji Reporting Live!',Kategori Profesional (13-17 tahun) pada 15 November lalu di Bangkok,Thailand.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman berkata,kejayaan itu sekali gus memperkukuh jenama RTM sebagai penyiar komited dalam menghasilkan kandungan berkualiti tinggi untuk golongan muda.

"Kita menyediakan sebuah ekosistem kerja yang kondusif dan harmoni untuk semua staf. Dengan suasana seperti itu,kita dapat melahirkan karya yang hebat. Apabila mereka bekerja dengan minat,itulah yang mendorong terhasilnya kandungan yang berkualiti.

"Terbukti,bukan sahaja kita melihat mutu produksi dan penerbitan kita sebagai sesuatu yang baik,malah ia turut mendapat pujian dari luar negara. Jadi,saya ingin mengucapkan tahniah kepada RTM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis ringkas di Angkasapuri Kota Media.

Datuk Suhaimi juga mengucapkan tahniah kepada seluruh warga kerja RTM atas pencapaian tersebut,yang disifatkan sebagai bukti kemampuan organisasi untuk terus berkembang dan bersaing di pentas global.

"This is Poji Reporting Live!" dipilih daripada puluhan penyertaan negara serantau,sekali gus mengukuhkan kedudukan RTM sebagai penyiar di Malaysia.

Edisi SEAVFC 2025 bertemakan “Magic of Peace” menghimpunkan 150 peserta termasuk 30 juri serantau. Daripada 92 penyertaan seluruh Asia Tenggara,hanya 27 dipilih sebagai finalis,menjadikan kemenangan RTM antara pencapaian paling signifikan tahun ini.

Drama terbitan RTM itu diarahkan Muhamad Ikhsan Sukiman,karya berimpak tinggi dan relevan dengan realiti semasa ini menggunakan platform media sosial untuk mendapat perhatian orang ramai.

Anugerah tersebut telah diterima bagi pihak RTM oleh Datuk Mahyiddin Mustakim (CEO of Creative Content Association Malaysia) yang hadir sebagai wakil Malaysia dan anggota Governing Board Directors (GBD) SEAVFC.