Sains

Akta baharu pendidikan tinggi: Pandangan penasihat undang-undang UA diteliti – Zambry

Sep 4, 2026 IDOPRESS

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerima kunjungan rakan-rakan penasihat undang-undang daripada universiti awam./ FB DS Dr. Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR,4 Sept – Pandangan serta kepakaran penasihat undang-undang universiti awam sedang diteliti dalam usaha merangka akta dan kerangka perundangan baharu bagi pendidikan tinggi negara,termasuk berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

RINGKASAN BERITA AI

Katanya,proses merangka kerangka perundangan baharu itu akan terus dilaksanakan secara terbuka,inklusif dan menyeluruh dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan.

“Setiap pandangan akan diteliti agar kerangka baharu yang dibangunkan dapat memperkukuh autonomi,akauntabiliti,tadbir urus serta kebebasan yang bertanggungjawab di institusi pendidikan tinggi,” katanya.

Beliau turut menghargai kesediaan penasihat undang-undang universiti awam berkongsi pandangan dan kepakaran dalam proses tersebut.

Katanya,segala input yang diterima akan menjadi antara pertimbangan penting dalam usaha membentuk masa depan pendidikan tinggi negara.