
El Salvador
WASHINGTON,4 Sept – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencapai persetujuan awal dengan El Salvador bagi membuka laluan pembiayaan baharu kira-kira AS$140 juta bawah program reformasi penjimatan negara itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam perkembangan ekonomi,IMF menyifatkan prestasi El Salvador sebagai kukuh,dengan pertumbuhan ekonomi diunjurkan mencapai 4.5 peratus pada 2026,disokong pelaburan,perbelanjaan pengguna,kiriman wang,pelancongan dan aliran masuk modal.
IMF turut memaklumkan,peningkatan keselamatan dan keyakinan pelabur membantu mengurangkan kemiskinan,walaupun kira-kira 30 peratus penduduk negara itu masih hidup dalam kemiskinan.
Program penjimatan berkenaan bagaimanapun memberi kesan kepada sektor awam,dengan pakar ekonomi menganggarkan kira-kira 15,000 pekerja kerajaan diberhentikan sejak 2024. – AFP