Sains

Laluan ECRL ke Pelabuhan Kemaman dijangka lonjak prestasi EPIC

Jul 21, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KEMAMAN,21 Julai – EPIC Berhad menjangkakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),khususnya pembinaan jajaran (spur line) ke Pelabuhan Kemaman,bakal menjadi pemangkin utama pertumbuhan syarikat dengan sasaran hasil mencecah RM700 juta menjelang 2030.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian National Training Week (NTW) 2026 di ibu pejabat EPIC Berhad,Kemaman,Terengganu hari ini.

Dr. Ts. Muhtar berkata,selain meningkatkan kecekapan logistik,EPIC turut merancang memasuki segmen pengendalian kargo kontena sebagai perniagaan baharu bagi melengkapkan operasi sedia ada yang kini tertumpu kepada kargo pukal kering (Dry Bulk) dan kargo pukal am (Breakbulk).

EPIC merekodkan hasil tertinggi dalam sejarah sebanyak RM411.9 juta tahun lalu dan yakin projek pembesaran pelabuhan serta pembangunan ECRL mampu meningkatkan prestasi kewangan syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut beliau,pelaksanaan ECRL juga dijangka mengurangkan kebergantungan kepada pengangkutan jalan raya,sekali gus menjadikan pergerakan kargo lebih pantas,cekap dan berdaya saing.

Dalam perkembangan lain,EPIC turut memperluaskan kapasiti Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) menerusi pembinaan gudang baharu bagi memenuhi peningkatan permintaan industri minyak dan gas.

KSB kini menempatkan 262 penyewa termasuk Petroleum Arrangement Contractors (PACs) dengan kira-kira 9,000 tenaga kerja beroperasi setiap hari,termasuk hampir 2,000 kakitangan EPIC.

Tambah beliau,projek Terminal Regasifikasi Kemaman (RGT) bernilai RM3.8 bilion berpotensi menjadi pemangkin kepada pelaburan baharu sekiranya mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga,membabitkan penyertaan pelabur antarabangsa serta dijangka merancakkan lagi pembangunan industri minyak dan gas di Kemaman.