
Cadangan memerlukan kajian menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek
KUALA LUMPUR,21 Julai – Kementerian Sumber Manusia sedia memperhalusi cadangan pembinaan Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Sarawak bagi memudahkan pesakit di negeri itu mendapatkan rawatan pemulihan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau dalam pada itu menjelaskan,PERKESO telah mengadakan kerjasama strategik dengan Universiti Sarawak (UNIMAS) bagi menyedia dan memanjangkan program serta kemudahan berkaitan rehabilitasi di Sarawak menerusi penyediaan kemudahan di Hospital Pengajar UNIMAS.
Inisiatif itu memberi manfaat kepada 756,403 pencarum Perkeso di Sarawak yang mencarum di bawah Lindung Pekerja,Lindung Kendiri dan Lindung Kasih bagi mendapatkan faedah rawatan rehabilitasi.