Sains

Harga petrol AS kembali cecah AS$4 segelen susulan konflik Asia Barat

Jul 21, 2026 IDOPRESS

Harga purata petrol di Amerika Syarikat kembali mencecah AS$4 segelen susulan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat/Foto AFP

WASHINGTON,20 Julai – Harga purata petrol di Amerika Syarikat (AS) kembali mencecah AS$4 (RM16.96) segelen susulan konflik yang semakin memuncak antara Washington dan Tehran.

RINGKASAN BERITA AI

Sebelum ini,kali terakhir harga petrol melepasi paras AS$4 segelen ialah pada 2022 selepas Rusia melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine.

Harga purata petrol di AS pada tempoh sama tahun lalu ialah AS$3.14 segelen.

Harga bahan api sempat menurun di bawah paras AS$4 susulan persetujuan sementara antara Washington dan Tehran,namun kembali meningkat selepas konflik tercetus semula.

Pegawai Iran memaklumkan rundingan diplomatik dengan Amerika Syarikat melalui pihak pengantara masih diteruskan meskipun pertempuran berterusan.-AFP