JKSM perkukuh penguatkuasaan sita simpanan penghutang penghakiman

Oct 23, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar/RTM

KUALA LUMPUR,23 Oktober -Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) kini sedang memuktamadkan usaha untuk menyita simpanan penghutang penghakiman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata,langkah itu dijalankan hasil kerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM),sebagai usaha memperkukuh penguatkuasaan terhadap bekas suami yang gagal membayar nafkah.

"Perbincangan telah diadakan dengan pihak BNM supaya pihak BSK melalui Mahkamah Syariah supaya simpanan penghutang penghakiman tadi itu disita oleh mahkamah. Jadi yang ini akan dibuat oleh pihak BSK dan perbincangan itu telah dibuat," kata Datuk Dr Mohd Na’im di Dewan Rakyat.

Katanya,kerajaan turut melaksanakan pendahuluan nafkah menerusi BSK bagi membantu bekas isteri dan anak yang terjejas akibat kegagalan bekas suami membayar nafkah.

Bantuan sementara itu disalur melalui kumpulan wang amanah sokongan keluarga bagi menjamin kebajikan penerima sehingga tunggakan diselesaikan.