PM tekankan peranan budaya teras pembangunan nasional

Jul 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perdana Menteri menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN)/Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA,10 Julai -Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) di Perdana Putra.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya,Perdana Menteri menegaskan bahawa pembangunan negara tidak hanya bergantung kepada pencapaian fizikal atau projek mega,tetapi harus turut diperkaya dengan nilai,identiti dan elemen budaya mencerminkan citra unik Malaysia.

Semasa sesi perbincangan,Datuk Seri Anwar turut menyentuh tentang pentingnya memperluas kefahaman masyarakat terhadap budaya sebagai satu sistem nilai,yang merangkumi cara hidup,pemikiran serta warisan bangsa.

MAKEN merupakan badan bebas yang ditubuhkan Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya,berperanan sebagai penasihat dalam hal ehwal seni,budaya dan warisan negara.

Kunjungan ini turut menjadi platform perbincangan mengenai hala tuju dan strategi memperkasa sektor kebudayaan negara selaras dengan pembangunan inklusif dan berteraskan nilai sejagat.