Sains

Ops Sapu di Perak, 47 PATI ditahan

Jun 26, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto JIM

HULU PERAK,26 Jun - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Sapu di sembilan premis kediaman dan penempatan haram di sini,malam tadi.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 40 lelaki dan tujuh perempuan berusia antara 19 tahun hingga 56 tahun.

Pengarah JIM Perak Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata,serbuan dibuat berdasarkan aduan dan pemantauan yang dijalankan Unit Risikan dan Operasi JIM di sepuluh lokasi tersebut.

"Mereka dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Kesemua tahanan dibawa ke Depot Imigresen Ipoh untuk tindakan lanjut," kata Meor Hezbullah menerusi satu kenyataan.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu telah tinggal/ berada dalam Malaysia melebihi tempoh sah pas dikeluarkan.

Selain itu,kesalahan bawah Peraturan 39(b),Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang telah dikeluarkan.