Tenaga

Tindakan RoS gantung aktiviti PN bukan dibuat sewenang-wenangnya

Sep 24, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/Foto BERNAMA

TANJUNG MALIM,24 September – TindakanJabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) bukan dilakukan dengan sewenang-wenangnya,sebaliknya berdasarkan aduan yang diterima susulan beberapa kepincangan yang dikesan dalam gabungan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau turut menegaskan Akta Pertubuhan 1966 digubal bagi melindungi kepentingan ahli dan RoS menggunakan budi bicara berlandaskan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Terdahulu,RoS dalam satu kenyataan berasingan telah mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa semalam (23 September).

Menurutnya,tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 September 2026.

“Perintah penggantungan berkenaan bukanlah satu keputusan pembatalan pendaftaran PN.

“Langkah itu sebaliknya bertujuan memberi ruang dan peluang kepada gabungan politik tersebut untuk memberikan penjelasan berhubung aduan yang diterima,” jelas RoS lagi.