Tenaga

Lelaki dipercayai dibaham buaya ketika cuci bot ditemukan maut

Jul 18, 2026 IDOPRESS

Foto JBPM Sabah

KINABATANGAN,18 Julai – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya ketika mencuci bot di Sungai Kinabatangan,Kampung Batu Putih,petang semalam,ditemukan meninggal dunia awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah,mangsa akhirnya ditemukan oleh orang awam kira-kira 500 meter ke hilir dari lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kesan gigitan pada bahagian perut dan leher sebelah kanan,dipercayai akibat serangan buaya,” menurut kenyataan itu.

Pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.