Tenaga

Penumpang Fly-Thru AirAsia dijangka meningkat 25 peratus

Aug 2, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation Group,Bo Lingam

SEPANG,1 Ogos - Penumpang Fly-Thru AirAsia dijangka meningkat kepada 25 peratus menjelang tahun 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation Group Bo Lingam berkata,pertumbuhan itu didorong pertambahan empat pesawat baharu jenis Airbus A321 Neo dalam rangkaian pesawatnya.

"Memandangkan kami meliputi lebih banyak sektor ke China,India kerana ramai daripada mereka datang ke Kuala Lumpur,mungkin meluangkan masa satu hari atau beberapa hari mereka di sini. Dan kemudian mereka mahu pergi ke Australia,Bali,Vietnam dan beberapa negara lagi,Jadi bilangan Fly-Thru sebenarnya semakin meningkat," kata Bo Lingam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pengumuman Penerimaan Empat Pesawat Baharu A321neo,di sini.

Jelasnya penambahan empat pesawat baharu tersebut menjadikan jumlah keseluruhan pesawatnya sebanyak 221 buah dengan jumlah pesawat A321neo sebanyak lapan buaht untuk AirAsia Malaysia dan Thailand.

Tambahnya,AirAsia juga bakal menerima lima lagi pesawat jenis sama menjelang akhir tahun ini dan menjangkakan jumlah pesawat mereka bakal melebihi 300 buah dalam tempoh lima tahun.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk‬‭ Hasbi‬‭ Habibollah.