Tenaga

KPM komited mengatasi isu ketidakhadiran calon SPM

Jun 26, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR,26 Jun- Kementerian Pendidikan (KPM) komited mengatasi isu ketidakhadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perkara itu berikutan 10,160 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu atas faktor masalah keluarga dan bekerja.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata,Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengenal pasti,faktor lain seperti kemalangan dan sakit turut menjadi punca ketidakhadiran luar kawalan calon SPM.

"..daripada 10,160 orang calon yang tidak hadir menduduki peperiksaan SPM Tahun 2023,seramai 8,676 orang merupakan calon sekolah KPM; 1,263 orang calon persendirian dan baki 221 orang adalah calon lain termasuk calon sekolah bawah agensi kerajaan,Sekolah Menengah Agama Negeri,Sekolah Menengah Agama Rakyat dan sekolah swasta.

"Berdasarkan analisis KPM,antara punca ketidakhadiran luar kawalan KPM yang dikenal pasti adalah seperti calon bekerja,masalah keluarga,


kemalangan,sakit dan juga faktor-faktor yang lain," katanya yang menjawab soalan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,Roslan Hashim di parlimen.

Roslan bertanyakan soalan berkaitan tindakan KPM bagi mengatasi isu 10,160 daripada 38,3685 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan.

Antara langkah dilaksana bagi mengurangkan jumlah ketidakhadiran luar kawalan calon SPM pada masa akan datang termasuklah,mengetengahkan pempengaruh pendidikan untuk berkongsi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.