Tech Chip

AS kecam usaha perluas konflik Ukraine

Sep 24, 2026 IDOPRESS

Mike Waltz/ REUTERS

NEW YORK,24 September – Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),Mike Waltz mengecam sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk meluaskan perang di Ukraine.

RINGKASAN BERITA AI

−

Bagaimanapun,beliau berkata pelanggaran ruang udara negara jiran,termasuk ruang udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO),meningkatkan risiko yang tidak boleh dipandang ringan.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk meluaskan perang. Kami juga mengecam sebarang serangan yang mengancam kelancaran aliran makanan ke pasaran global,” katanya lagi.

Sementara itu,Timbalan Setiausaha Agung PBB,Rosemary DiCarlo berkata,perang di Ukraine kini memasuki fasa baharu yang berbahaya,dengan serangan semakin meningkat setiap hari,korban awam terus bertambah dan kemusnahan semakin meluas.

Risiko konflik merebak ke rantau lain turut meningkat,manakala kesannya dirasai jauh melangkaui medan perang.

Menurut Rosemary,lapan bulan pertama tahun ini menyaksikan lebih ramai orang awam terbunuh atau cedera di Ukraine berbanding keseluruhan tahun 2025.

Serangan peluru berpandu jarak jauh dan dron semakin kerap menyasarkan kawasan berpenduduk,termasuk bandar yang jauh dari barisan hadapan.

Kiev dan beberapa bandar utama lain,berdepan serangan hampir setiap hari sejak beberapa minggu lalu,mengakibatkan orang awam terbunuh dan cedera serta rumah dan infrastruktur penting rosak.

Dalam pada itu,Menteri Luar Rusia,Sergey Lavrov berkata Rusia bersedia untuk berunding bagi mencapai keamanan yang berkekalan dan adil.

Bagaimanapun,beliau menegaskan Rusia tidak akan menghentikan operasi ketenteraannya buat sementara waktu.

“Kami bersedia untuk berunding bagi mencapai keamanan yang berkekalan dan adil. Namun,saya ingin menegaskan bahawa kami tidak akan menghentikan operasi ketenteraan khas kami,” katanya.- REUTERS