
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,23 September – Jadual perkhidmatan Laluan Putrajaya mengalami kelewatan susulan gangguan pada sistem brek sebuah tren di Stesen Jalan Ipoh,hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Perkhidmatan tren perantara dari Stesen Kentonmen ke Stesen Hospital Kuala Lumpur turut disediakan dengan kekerapan tujuh minit.
“Pasukan teknikal telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan kerja pemulihan sistem terbabit untuk mengembalikan operasi perkhidmatan kepada keadaan normal secepat mungkin,” menurut kenyataan itu hari ini.
Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan penumpang,anggota polis bantuan serta petugas stesen turut ditempatkan di stesen yang terjejas bagi memberikan bantuan dan panduan.
Pengumuman berkala mengenai status perkhidmatan turut dibuat di stesen dan dalam tren.
Manakala perkembangan lanjut akan dimaklumkan menerusi saluran media sosial rasmi Rapid KL dan aplikasi MyRapid PULSE.