
Anthony Albanese menghadiri sesi Gabungan Hak dan Perlindungan Kanak-Kanak dalam Era AI yang berlangsung di Ibu Pejabat PBB,New York pada Selasa/Foto AFP
SYDNEY,23 September – Perdana Menteri Australia,Anthony Albanese mempertahankan draf undang-undang baharu berkaitan kawal selia media sosial susulan amaran daripada Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa perundangan itu boleh membawa kepada tindakan penapisan maklumat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Di bawah draf undang-undang tersebut,gergasi media sosial boleh dikenakan denda sehingga 109 juta Dolar Australia (AS$78 juta) jika gagal melindungi pengguna muda daripada kandungan berbahaya.
Syarikat media sosial akan dipertanggungjawabkan untuk melindungi pengguna berumur bawah 18 tahun daripada bahan pornografi,buli siber,kandungan yang mengagungkan jenayah serta bahan yang menggalakkan kecelaruan pemakanan.
Selain itu,perundangan baharu ini turut mewajibkan platform media sosial membenarkan pengguna memilih untuk menolak (opt out) sistem algoritma berkuasa tinggi yang menentukan paparan pada garis masa (feed) mereka.
Draf undang-undang berkenaan dijangka dibentangkan di Parlimen Australia akhir tahun ini selepas sesi konsultasi bersama syarikat media sosial,badan industri dan kumpulan masyarakat sivil selesai dijalankan.- AFP