
Gambar hiasan / Foto fail BERNAMA
SHAH ALAM,18 September – Cuaca panas yang meningkatkan kadar kematian ayam penelur dikenal pasti antara faktor yang menjejaskan bekalan telur di pasaran,sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga ketika ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Datuk Dr Fuziah berkata,KPDN mempunyai kuasa mendapatkan maklumat kos sepanjang rantaian bekalan,termasuk kos pengeluaran,bahan mentah dan logistik,bagi menilai sama ada kenaikan harga runcit adalah munasabah.
Katanya,KPDN akan membuka siasatan sekiranya menerima aduan berkaitan kenaikan harga dan mendapatkan maklumat daripada pengeluar serta pemain industri sepanjang rantaian bekalan.
Sementara itu,beliau berkata,Program Pasar Patuh kini melibatkan 75 pasar dan 7,130 peniaga di seluruh negara,termasuk tujuh pasar di Selangor yang membabitkan 321 peniaga.
Program berkenaan memberi penekanan terhadap pematuhan peniaga,antaranya mempamerkan harga dengan jelas,memastikan alat timbang dan sukat ditentusahkan serta mewujudkan urus niaga yang telus bagi melindungi hak pengguna.