
Foto AFP
TEHRAN,18 Julai – Iran memberi amaran akan melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran sekiranya Amerika Syarikat (AS) meneruskan serangannya terhadap negara Teluk itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut beliau,Iran sebelum ini bertindak secara terkawal bagi mengelakkan konflik berkembang menjadi krisis serantau dan antarabangsa yang lebih luas.
Bagaimanapun,beliau menuduh AS melakukan kesilapan perhitungan dengan mengakibatkan konflik itu merebak ke peringkat serantau.
Beliau merujuk kegagalan Israel berundur dari selatan Lubnan,serangan AS di kawasan pesisir Iran serta pembekuan berterusan aset Iran yang sebelum ini dijanjikan untuk dilepaskan.
Terdahulu,tntera AS melancarkan beberapa gelombang serangan terhadap selatan Iran sejak beberapa hari lalu dengan mendakwa tindakan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Tehra ke atas kapal di Selat Hormuz.
Washington berkata serangan berkenaan bertujuan melemahkan keupayaan Iran mengancam perkapalan komersial.
Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap pangkalan serta kemudahan tentera AS di rantau berkenaan. – REUTERS