Tech Chip

Hak kanak-kanak tanpa dokumen terjamin, permohonan MyKas masih dibuka

Dec 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Jabatan Pendaftaran Negara

KUALA LUMPUR,11 Disember - Isu kanak-kanak warganegara tanpa dokumen dan anak tidak sah taraf menjadi fokus Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan hak mereka diiktiraf secara sah.

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,berkata setiap kes ditangani secara berperingkat dan mengikut prosedur ditetapkan.

Pada masa ini katanya,pegawai-pegawai kementerian dibenarkan menerima permohonan MyKas,dengan syarat mereka mempunyai sijil lahir Malaysia atau sijil pengangkatan sebagai dokumen asas.

"Individu yang lahir di luar negara tetapi mempunyai ibu warganegara Malaysia dan sebagainya,turut dibenarkan membuat permohonan,walaupun ada yang telah melepasi umur 21 tahun. Ini kerana kita tidak melaksanakannya secara retrospektif,tetapi secara prospektif," katanya di Dewan Negara.

Beliau turut menjelaskan terdapat dua kategori utama kanak-kanak tanpa dokumen,iaitu anak daripada ibu warga asing dan bapa warganegara Malaysia yang tidak mendaftar perkahwinan,serta anak tidak sah taraf tanpa dokumen langsung yang memerlukan pengurusan lebih teliti bagi memastikan hak mereka diiktiraf.

Langkah ini bertujuan memastikan kanak-kanak tanpa dokumen dan anak tidak sah taraf memperoleh akses pendidikan,rawatan kesihatan,serta pengiktirafan kewarganegaraan,sekali gus mengelak isu sosial dan masalah status rasmi pada masa depan.