Banjir di tiga negeri semakin baik, jumlah penduduk terjejas di PPS berkurangan

Oct 27, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,27 Oktober - Keadaan banjir di negeri Perak,Kedah dan Pulau Pinang semakin baik dengan jumlah penduduk terjejas di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 3,268 orang setakat pukul 6 pagi tadi berbanding 3,523 orang petang semalam.

Di Kedah,seramai 1,630 orang membabitkan 468 keluarga ditempatkan di 10 PPS di enam daerah .

Manakala di negeri Perak,jumlah penduduk terjejas menurun kepada 1,161 orang daripada 374 keluarga dan ditempatkan di 12 PPS di lima daerah.

Di Pulau Pinang,jumlah mereka yang terkesan juga terus menurun kepada 417 orang dan ditempatkan di lima PPS.