Tech Chip

Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud landa Laut Banda

Aug 27, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

PETALING JAYA,27 Ogos- Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud dikesan berlaku di Laut Banda pada pukul 10.15 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 454 kilometer (km) tenggara dari Ambon,Indonesia dengan kedalaman 54km.

Bagaimanapun,gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu,MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Perlis Kedah,Perak,Selangor dan Johor sehingga pukul 12.00 tengah hari ini.

"Kedah melibatkan Langkawi,Kubang Pasu,Kota Setar,Pokok Sena,Padang Terap,Yan,Pendang,Kuala Muda dan Bandar Baharu,dan Negeri Pulau Pinang.

"Manakala di Perak melibatkan Kerian,Larut,Matang Dan Selama,Bagan Datuk dan Hilir Perak. Di Selangor pula Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Di Johor membabitkan Pontian,Kulai,Kota Tinggi dan Johor Bahru" menurut kenyataan MetMalaysia menerusi facebook.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.