Tech Chip

Syor wujudkan platform media sosial bagi Malaysia akan dikaji- Fahmi

Aug 5, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Fahmi Fadzil ditemui pada Himpunan Pembebesan Palestin di Bukit Jalil

KUALA LUMPUR,4 Ogos- Syor bagi mewujudkan platform media sosial bagi Malaysia akan dikaji sebaik mungkin.

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil berkata,pembinaan platform tersebut tidak mudah dibangunkan dan ia memerlukan penelitian pelbagai pihak.

Sebelum ini,selebriti Datuk Aznil Nawawi,mencadangkan agar pihak kerajaan mewujudkan platform media sosial sendiri.

Perkara tersebut susulan tindakan pihak Meta menurunkan hantaran berkaitan Palestin.

"Saya dah jumpa,kita dah bincang perkara ini jadi saya tahu apa yang beliau maksudkan.

"Jadi dia setuju kepada pengikut-pengikut beliau,tidak mudah membangunkan platform media sosial sendiri tetapi ada beberapa negara telah mencuba kita akan teliti dulu,"katanya pada Himpunan Pembebesan Palestin di Bukit Jalil.

Sementara itu,mengenai siaran siaran langsung di Facebook,Fahmi memaklumkan pihak Meta berjanji tidak akan mengenakan sebarang sekatan terhadap semua platform yang menyiarkan serta menayangkan program 'Himpunan Pembebasan Palestin'.