Biologi

Malaysia-China perhebat usaha banteras dadah, penipuan siber

Oct 13, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

BEIJING,13 Oktober – Malaysia dan China akan memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras jenayah rentas negara,penyeludupan dadah serta penipuan siber.

RINGKASAN BERITA AI

−

Menurut beliau,usaha membanteras penyeludupan dadah merentas sempadan akan diteruskan menerusi kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan kedua-dua negara.

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari China bagi memperkukuh kerjasama berkenaan.

Dalam menangani penipuan siber dan keselamatan digital,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata,Malaysia dan China turut menyertai program International Alliance Combating Telecom and Cyber Fraud pada 10 September lepas.

Inisiatif itu memberi keutamaan kepada siasatan jenayah rentas sempadan serta usaha mengesan dan mendapatkan semula aset yang dicuri.

Selain itu,Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi persidangan Julai lalu.

Lawatan kerja lima hari beliau ke China antara lain bertujuan merealisasikan Perkongsian Strategik Komprehensif antara kedua-dua negara menerusi pertemuan dengan Menteri Keselamatan Awam dan Timbalan Perdana Menteri republik itu.