Biologi

Pesara kerajaan, swasta jangan jadi sasaran utama scammer – Menteri

Sep 24, 2026 IDOPRESS

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil/Gambar fail

PUTRAJAYA,24 September – Golongan pesara antara kumpulan yang kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian,kata Menteri Komunikasi,Datuk Seri Fahmi Fadzil.

RINGKASAN BERITA AI

−

Dalam pada itu,Datuk Seri Fahmi menggesa supaya jaringan pesara Kementerian Komunikasi diperkukuh bagi membantu menyalurkan maklumat kerajaan yang tepat,termasuk berkaitan pengumuman bantuan kerajaan.

Katanya,golongan pesara mempunyai jaringan yang luas dalam komuniti dan boleh membantu menangkis penyebaran berita palsu serta maklumat tidak benar berkaitan bantuan kerajaan.

“Golongan pesara kerajaan adalah kumpulan yang sangat penting dan berpengaruh serta mempunyai jaringan maklumat yang luas dalam komuniti dan negara.

“Maka,kita perlu memantapkan lagi jaringan ini dengan memastikan maklumat yang tepat sampai dan dibantu untuk disebarkan,” katanya.