Biologi

1,303 bakal pesara, veteran ATM terima manfaat Kerjaya Kedua Perwira

Sep 24, 2026 IDOPRESS

Bakal pesara dan veteran ATM menerima manfaat menerusi inisiatif Kerjaya Kedua Perwira

SHAH ALAM,23 September – Seramai 1,303 bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima manfaat menerusi inisiatif strategik Kerjaya Kedua Perwira sehingga Ogos 2026.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Nilai dan kepakaran yang dimiliki oleh anggota ATM tidak pernah pudar walaupun selepas tamat perkhidmatan.

“Mereka kekal sebagai aset strategik negara,bersandarkan kepada kualiti modal insan,kepakaran dan pengalaman yang dimiliki merentasi pelbagai sektor industri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Timbalan Menteri (tengah) menyaksikan pemeteraian NoU PERHEBAT-MSU bagi memperkukuh kerjaya kedua veteran ATM

Inisiatif itu diperkukuh menerusi kerjasama strategik antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan Management and Science University (MSU) melalui Nota Persefahaman (NoU).

Kerjasama itu meliputi pembangunan program latihan,pensijilan profesional dan penempatan pekerjaan bersama anak syarikat MSU dalam pelbagai bidang berdasarkan kepakaran serta pengalaman bakal pesara dan veteran ATM.

“Bakal pesara juga perlu bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi termasuk perkembangan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran berintegrasi industri bagi memastikan mereka kekal relevan dalam pasaran pekerjaan,” katanya.