Biologi

MAGNET 2026 tarik 1,303 pelajar antarabangsa, perkukuh sektor pelancongan pendidikan

Sep 23, 2026 IDOPRESS

Pengarah Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi,Jabatan Pendidikan Tinggi,Dr Faiezi Zuber / Foto RTM

KUALA LUMPUR,23 September – Seramai 1,303 pelajar antarabangsa dari 60 negara menyertai Program Meet and Greet with International Students in Malaysia (MAGNET) 2026,sekali gus menyokong usaha memperkukuh pelancongan pendidikan di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI

−

Memasuki tahun kelima penganjuran,MAGNET 2026 akan berlangsung di Kolej Universiti Antarabangsa INTI cawangan Nilai,Negeri Sembilan,menyediakan 30 reruai yang dikendalikan pelajar bagi mengetengahkan budaya negara masing-masing.

Selain itu,pelajar antarabangsa berpeluang mengenali warisan dan adat Negeri Sembilan menerusi empat reruai dengan penglibatan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.

Inisiatif berkenaan turut menyokong usaha memperkukuh pelancongan pendidikan atau edutourism yang disenaraikan sebagai antara komponen pengisian rasmi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.