
Foto AFP
NEW YORK,23 September –Masa depan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta konflik peperangan yang berlarutan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menjadi topik utama yang mendominasi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Peperangan tersebut telah menjejaskan ekonomi dunia secara serius selepas Iran bertindak membalas dendam dengan menyekat Laluan Selat Hormuz.
Ketegangan geopolitik semakin terasa di dewan perhimpunan berikutan kenyataan berbaur gertakan daripada Presiden AS,Donald Trump,yang mengancam untuk memusnahkan Iran.
Kenyataan itu menyaksikan sebahagian besar delegasi Iran bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.
Bagaimanapun di sebalik retorik keras tersebut,rundingan diplomatik antara kedua-dua belah pihak dilaporkan mula menunjukkan perkembangan.
Menteri Luar Iran,Abbas Araghchi dilapor mengadakan pertemuan dengan utusan khas Trump,Steve Witkoff dan Jared Kushner.
Antara tuntutan utama Tehran termasuk sekatan laut AS ditarik balik serta-merta,pembekuan aset Iran ditamatkan dan peperangan di semua barisan penentangan dihentikan.
Selain krisis Asia Barat dan perbahasan mengenai kawalan AI,yang turut menyaksikan perbezaan pandangan ketara antara Trump dan Presiden Perancis,Emmanuel Macron,Perhimpunan Agung PBB hari ini juga dijangka memberi tumpuan kepada konflik perang Rusia-Ukraine melalui ucapan khas oleh Presiden Ukraine,Volodymyr Zelensky.- AFP