
Foto REUTERS
HANOI,4 Sept – Sebuah mahkamah di Vietnam menjatuhkan hukuman mati terhadap 11 individu berhubung salah satu kes pengedaran dadah terbesar di negara itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pendakwa raya berkata anggota rangkaian berkenaan menggunakan platform pesanan yang disulitkan,akaun bank yang didaftarkan menggunakan nama individu lain serta perkhidmatan penghantaran bagi mengedarkan dadah di seluruh selatan Vietnam.
Sekurang-kurangnya 20 lagi tertuduh dalam kes itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Maklumat mengenai peguam yang mewakili 11 individu yang dijatuhi hukuman mati belum diperoleh.
Keputusan mahkamah itu dibuat ketika Vietnam sedang mempertimbangkan perubahan terhadap pelaksanaan hukuman mati.
Kerajaan Vietnam pada bulan lalu mencadangkan pemansuhan hukuman mati bagi enam kesalahan,termasuk pengedaran dadah,sebagai sebahagian daripada pindaan terhadap kanun jenayah negara itu.
Bagaimanapun,cadangan tersebut masih belum berkuat kuasa. – REUTERS