Biologi

Gempa sederhana landa Laut Sulawesi – METMalaysia

Jul 18, 2026 IDOPRESS

Foto FB Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR,18 Julai– Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 berlaku di Laut Sulawesi pada pukul 10.23 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa bumi berkenaan berpusat pada koordinat 4.5 darjah utara dan 124.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Menurut kenyataan METMalaysia,lokasi gempa itu berada kira-kira 199 km barat dari Pulau Talaud,Indonesia.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.