Biologi

Malaysia zahir simpati kepada Indonesia

Dec 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto AFP

KUALA LUMPUR,11 Disember- Malaysia menyampaikan rasa simpati dan dukacita kepada Kerajaan Indonesia serta rakyatnya susulan bencana yang melanda Aceh dan Sumatera Utara.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata,Malaysia berdiri teguh bersolidariti bersama rakyat Indonesia yang sedang melalui saat sukar itu.

Sebagai tanda ihsan dan persahabatan antara dua negara jiran,Malaysia akan menyalurkan sumbangan awal berjumlah RM500 seorang kepada pelajar Indonesia yang sedang menuntut di Malaysia dan terkesan akibat bencana tersebut.

Menurut PMO,pelajar yang terjejas boleh mendaftar melalui institusi pengajian masing-masing bagi membolehkan bantuan berkenaan diselaras serta disalurkan mengikut keperluan mereka.