
Foto RTM
KUALA LUMPUR,12 Oktober – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka menerima pesawat tempur ringan FA-50M buatan Korea Aerospace Industries (KAI) mengikut jadual ditetapkan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada Mei 2023,Kementerian Pertahanan dan KAI menandatangani kontrak bernilai hampir RM4 bilion bagi perolehan 18 pesawat tempur ringan FA-50 Block 20 yang dikenali sebagai FA-50M (Malaysia).
Varian itu dilengkapi keupayaan lebih canggih berbanding pesawat FA-50 yang digunakan Tentera Udara Republik Korea Selatan serta beberapa negara lain,termasuk Thailand,Filipina dan Indonesia.
Pada Jun lalu,TUDM mengesahkan dua pesawat FA-50M dijadual tiba di Malaysia bulan ini,manakala baki pesawat akan diterima secara berperingkat sehingga Mac 2028.