Data besar

Xi Jinping tiba di AS, Trump beri sambutan luar biasa

Sep 24, 2026 IDOPRESS

Xi Jinping (kiri) dan Donal Trump/ AFP

WASHINGTON,24 September – Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump menyambut Presiden China,Xi Jinping secara peribadi di lapangan terbang pada Rabu,sempena lawatan negara pemimpin China itu ke Washington.

RINGKASAN BERITA AI

−

Pada Khamis,Trump dijadualkan mengadakan upacara sambutan rasmi untuk Xi di White House,termasuk pertunjukan udara membabitkan pesawat pejuang F-22 dan pesawat pengebom B-2,sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan di Pejabat Oval dan jamuan negara.

Xi dijadual menamatkan lawatan pada Jumaat dengan kunjungan ke White House untuk minum teh bersama Trump dan Melania,sebelum melawat Arkib Negara Amerika Syarikat.

Pertemuan kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan beberapa isu utama,termasuk perkembangan dan keselamatan AI,perdagangan serta hubungan ekonomi antara AS dan China.

Bagaimanapun,jangkaan terhadap sebarang perjanjian besar berkaitan kawal selia AI adalah terhad,ketika kedua-dua negara terus bersaing untuk menguasai teknologi berkenaan.

Setiausaha Perbendaharaan AS,Scott Bessent berkata,pegawai kedua-dua negara turut mengadakan perbincangan substantif pada Rabu sebagai persiapan sebelum pertemuan Xi dan Trump.

Perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu juga dijangka menjadi antara isu utama,khususnya usaha melanjutkan gencatan tarif yang dicapai sebelum ini.

Jonathan Czin dari Brookings Institution berkata jangkaan terhadap hasil konkrit pertemuan itu adalah rendah,namun terdapat kemungkinan kedua-dua pihak meneruskan persetujuan sementara berhubung tarif.

Sambutan besar-besaran terhadap Xi turut menerima kritikan daripada beberapa anggota Republikan di AS,terutama susulan laporan mengenai dakwaan bantuan China kepada Iran.

Senator Republikan,Roger Wicker yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat AS,mengkritik sambutan itu dan berkata Trump perlu mengambil kira isu berkenaan.

Bagaimanapun,Trump mengecilkan keperluan untuk membangkitkan dakwaan tersebut,dengan menyatakan bahawa AS dan China turut menjalankan kegiatan risikan terhadap satu sama lain.

Timbalan Setiausaha Akhbar White House,Taylor Rogers pula menolak kritikan Wicker dan berkata Trump sedang mengambil tindakan yang dianggapnya demi kepentingan negara AS.

Lawatan Xi ke AS kali ini merupakan lawatan negara pertamanya ke negara itu dalam tempoh lebih sedekad.- AFP