Data besar

Iran sahkan terima cadangan pengantara, enggan dedah perincian

Jul 21, 2026 IDOPRESS

Esmaeil Baghaei/ REUTERS

TEHRAN,21 Julai – Cadangan daripada beberapa pihak pengantara berhubung konflik dengan Amerika Syarikat (AS) telah disampaikan kepada Tehran,namun Iran enggan mendedahkan butiran lanjut.

RINGKASAN BERITA AI

Pada masa sama beliau turut memberi amaran bahawa sebarang pencerobohan darat yang dilakukan AS ke atas negara itu akan menerima tindak balas.

Dalam perkembangan sama,Baghaei menggesa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengecam serangan AS terhadap fasiliti nuklear Darkhoveyn yang masih dalam pembinaan.

Menurutnya,serangan itu merupakan pelanggaran jelas terhadap prinsip serta peraturan undang-undang antarabangsa berkaitan usaha mencegah percambahan senjata nuklear.

“Sebagai sebuah negara yang menjadi pihak kepada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT),Iran menjangkakan Lembaga Gabenor IAEA serta Ketua Pengarah agensi itu menyatakan pendirian secara jelas dengan mengecam tindakan AS,” katanya.

Beliau turut mengecam serangan terhadap infrastruktur awam termasuk kemudahan perubatan,jambatan dan fasiliti penting yang menjadi keperluan harian rakyat.

“Tidak ada alasan politik atau ketenteraan yang boleh menghalalkan penderitaan seorang kanak-kanak yang menunggu rawatan di hospital atau kesengsaraan sebuah keluarga akibat kemusnahan jambatan utama di bandar mereka.

“Ini bukan sekadar serangan terhadap bangunan,sebaliknya luka terhadap hati nurani rakyat Iran,” katanya.

Sementara itu,tentera AS dilaporkan melancarkan serangan ke atas Iran untuk hari kesembilan berturut-turut setakat Isnin,ketika kebimbangan terhadap keselamatan pelayaran di Selat Hormuz meningkat selepas Iran memaklumkan dua kapal tangki minyak meletup dan tidak dapat meneruskan pelayaran.

Dalam perkembangan berkaitan,Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu balistik sebagai serangan balas ke atas pesawat tentera AS di Lapangan Terbang Aqaba,Jordan,selain menyasarkan aset dan kelengkapan tentera AS di Kem Al-Adiri dan Pangkalan Udara Ali Al Salem di Kuwait serta beberapa lokasi di Syria.- REUTERS