Data besar

Pembinaan 26 buah sekolah baharu dalam penilaian

Jun 26, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR,26 Jun- Pembinaan 26 buah sekolah baharu di seluruh negara,masih di peringkat Makmal Pengurusan Nilai.

Setakat ini,skop dan kos bagi setiap pembinaan sekolah baharu itu telah dikenalpasti,sebelum proses seterusnya dilaksanakan secara berperingkat.

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh berkata,kos keseluruhan bagi pembinaan kesemua 26 sekolah baharu itu bernilai RM2.55 bilion melibatkan negeri Pulau Pinang,Kedah,Johor,Pahang,Selangor,Sabah,Kelantan,Sarawak,Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

"Kesemua projek sekolah baharu ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya secara reka dan bina. Semua projek ini perlu melalui Makmal Pengurusan Nilai sebelum diteruskan dengan pelantikan kontraktor.

"Setakat ini,iaitu pada tahun pertama selepas projek diumumkan,kerja-kerja awalan yang telah dilaksanakan,melibatkan pelan ukur dan siasatan tanah dan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan dengan penetapan skop dan juga kos telahpun juga KPM muktamadkan di peringkat KPM. Itu merupakan status terkini untuk kesemua sekolah tersebut",katanya dalam sesi Dewan Rakyat.

Wong menjawab soalan yang dikemukakan wakil Batu Pahat,Onn Abu Bakar yang ingin tahu status kemajuan pembinaan terkini 26 buah sekolah yang telah dijanjikan dibina dalam peruntukan tahun 2024.