Data besar

Silibus politik di sekolah beri pendedahan awal kepada pengundi muda

Jun 26, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

PULAU PINANG,25 Jun - Pelaksanaan silibus politik di peringkat sekolah melalui Program Generasi Madani terbukti mampu memberi pendedahan awal kepada generasi menjadi pengundi,kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau optimis inisiatif itu berupaya memberi lebih keyakina kepada generasi muda dengan pendedahan yang lebih efektif kepada proses demokrasi yang sebenar.

"Pendidikan demokrasi,kewarganegaraan,dan politik itu dan merentas semua pendekatan kita dalam peringkat pendidikan.

"Dalam program ini bakal-bakal pengundi umur 18 tahun khususnya bermula daripada pelajar tingkatan 4 hingga 6 didedahkan dalam Program Generasi Madani ini khususnya tentang kewarganegaraan,hak demikrasi dan juga berkaitan dengan pendidikan karakter,bagaimanakah mereka boleh menjadi rakyat yang bertanggungjawab dalam konteks demokrasi dan negara berparlimen ini.

"Dan bagaimana mereka boleh memberikan sumbangan khususnya selaku pengundi melalui modul-modul yang kita garapkan dalam Program Generasi Madani," katanya.

Beliau bercakap kepada RTM selepas menjadi tetamu dalam rakaman program Bicara Prisma Khas di konti mini MUTIARAfm di Sungai Bakap.

Program Generasi Madani diperkenalkan sejak 2023 di peringkat sekolah menengah itu bertujuan menanam kesedaran dan pendedahan mengenai kepentingan politik dan negara berperlembangaan.