Ai

Malaysia tunggu keputusan PBB berhubung pasukan pengaman ke Yaman

Sep 20, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kota Tinggi di Dewan Besar Felda Air Tawar 2 hari ini/ RTM

KOTA TINGGI,20 September- Malaysia akan berpandukan keputusan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung sebarang cadangan penghantaran pasukan pengaman ke Yaman yang kini kembali berdepan konflik bersenjata.

RINGKASAN BERITA AI

−

Bagaimanapun,katanya keadaan semasa di Yaman yang masih bergolak menjadikan penghantaran pasukan pengaman sebagai langkah berisiko tinggi.

“Dalam keadaan sekarang,peperangan masih berlaku. Kalau pasukan pengaman masuk ketika perang masih berlangsung,sudah tentu akan ada risiko korban jiwa dan raga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kota Tinggi di Dewan Besar Felda Air Tawar 2,Kota Tinggi,hari ini.

Malaysia sebelum ini turut melaksanakan misi pengaman di bawah mandat PBB di Lubnan melalui Batalion Malaysia (MALBATT) dengan keputusan berkaitan penugasan tertakluk kepada mandat serta ketetapan PBB.

Sementara itu beliau yang Naib Presiden UMNO enggan mengulas lanjut mengenai tawaran peletakan jawatan Menteri Pengangkutan,Anthony Loke.

Beliau berkata dirinya secara peribadi tidak mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

“Saya pun tidak tahu sama ada beliau mahu meletak jawatan atau menawarkan diri untuk meletak jawatan. (Tetapi) pada akhirnya,keputusan berhubung perkara itu masih bergantung kepada pihak berkenaan,” katanya.